Hierarchy of Organization

Advisors:Prof Dr Mat B Zakaria

President : Ahmad Khir bin Ahmad Humairi
Vice-President 1 : Amir Faez bin Amirudin
Vice-President 2 :Noriah binti Nordin

Secretary 1 : Norsyamila bt Othman
Secretary 2 :Siti Nadhiyyah binti Hasenan

Treasurer : Nur Syamsina binti Sha'ari


Exco :

KEROHANIAN
Ahmad Thariq bin Hanafiah & Siti Maisarah binti Abdul Majid

HELWANIS
Nor Fariza bt Che Rose & Nurul Husna binti Mohd Noor

AKADEMIK
Siti Naimah bt Saleh & Ng Koon Guan

SUKAN
Muhammad Hafiz bin Ridzaludin & Norhadila binti Zulkifli

PROTOKOL
Muhamad Arsyad bin Mohd Zaidi & Zarith Suraya binti Shahar

KEBAJIKAN
Ahmad Hanafo bin Sulong & Nur Syuhada binti Abdul Halim

Tuesday, June 30, 2009

PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI JULAI 2009/2010

 Salam,

Perhatian kepada semua mahasiswa/siswi lama UDM

Pendafaran Kolej Kediaman bagi sesi Julai 2009/2010 akan mula dibuka sebagaimana berikut:-

  Tarikh : 4-5hb Julai 2009
  Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang


Semua pelajar bolehlah membuat pendaftaran Kolej Kediaman di Perkarangan Pejabat Kolej Kediaman Baru.

Sekian, Harap Maklum

Pengurus Asrama
UDM 

sumber : Portal Pelajar UDM

Monday, June 29, 2009

Tuanku Nur Zahirah dimasyhur Canselor UDM 13 Julai

KUALA TERENGGANU 28 Jun - Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan dimasyhurkan sebagai Canselor pertama Universiti Darul Iman (UDM) dalam satu istiadat di universiti itu pada 13 Julai ini.

Naib Canselor UDM, Profesor Datuk Dr. Alias Daud berkata, Tuanku Nur Zahirah telah menyatakan perkenan baginda untuk pelantikan tersebut dan persetujuan berangkat ke istiadat pemasyhuran itu.

"Pemasyhuran itu akan dibuat semasa majlis konvokesyen pertama UDM pada 14 hingga 16 Julai ini," katanya semasa majlis pendaftaran pelajar baru sesi 2009/2010 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kampus Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) di Gong Badak di sini hari ini.

Sementara itu, Alias berkata, persiapan untuk mengadakan majlis konvokesyen pertama universiti itu siap sepenuhnya.

Katanya, sebanyak 3,284 pelajar yang menamatkan pengajian mereka sejak pertengahan 2007 akan menyertai majlis konvokesyen itu.

"Pihak universiti telah bekerja keras untuk menjayakan majlis ini sejak lapan bulan lalu," katanya.

Mengulas kelewatan penganjuran konvokesyen, Alias berkata, ia disebabkan pihaknya terpaksa menyediakan peralatan baru.

Mengenai pendaftaran pelajar baru, beliau berkata, UDM menawarkan tempat kepada 2,020 pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.

Katanya, daripada angka tersebut, sebanyak 1,020 pelajar akan mendaftar untuk program pengajian Ijazah Sarjana Muda manakala 1,000 bagi program pengajian Diploma.

Pada sesi 2009/2010, UDM menawarkan 18 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan 22 program di peringkat pengajian Diploma.

Selain itu, UDM juga menawarkan tiga pengajian baru iaitu Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan, Ijazah Sarjana Muda Dietetik dan Ijazah Sarjana Muda Produksi & Kesihatan Haiwan.

Sementara itu, 30 pelajar dijangka mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan dan Ijazah Sarjana Muda Dietetik di samping 40 pelajar bagi Ijazah Sarjana Muda Produksi & Kesihatan Haiwan.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang Minggu Mesra Siswa seperti Program Bersama Tokoh dan Program Cintailah Pantai Kita.


sumber : Utusan Malaysia. Klik di sini

Sunday, June 28, 2009

JADUAL TERBARU PERKHIDMATAN BAS UDM- BALIK CUTI SEMESTER

salam,

sebelum ini saya sudah postkan jadual bas tetapi MPP telah mengeluarkan jadual bas baru di blognya. Thanks to Nana for highlighted it

JADUAL TERBARU PERKHIDMATAN BAS UDM SEMPENA BUKA SEM BARU (JULAI)


KEPADA SEMUA MAHASISWA/I UDM, BAS AKAN DISEDIAKAN DARI MBKT KE KAMPUS KUSZA SEPERTI BERIKUT:

3 HINGGA 5 JULAI 2009
- SESI PAGI: 4.00 HINGGA 8.00 PAGI
- SESI PETANG: 4.00 HINGGA 8.00 MALAM


sumber: blog MPP UDM

Saturday, June 27, 2009

Info Asrama bagi Fasilitator Orientasi Fakulti daripada Presiden Fakulti

Salam,

SMS ini baru sahaja tiba selepas Presiden membuat panggilan kepada En. Che Pa. Berbunyi begini :

1. apabila sampai sila pergi ke pejabat asrama jumpa CIK SU.

2. Yang pasal hal-hal lain tak diberitahu.

p/s: ketika post ini ditulis, presiden sedang menuju ke Terengganu. Jika berlaku kesilapan ke nanti, ampun maaf awal-awal la yer :p

Wednesday, June 24, 2009

Perhatian Kepada Pelajar Fakulti Teknologi Makanan (FTM)


salam,

pada petang tadi saya telah menghantar email kepada Dekan FTM berkaitan dengan status pendaftaran kursus sama ada apa yang ditunjukkan di portal pelajar adalah benar. Di bawah merupakan salinan email. Sekarang bergantung pada andalah untuk percaya atau tidak. :p

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar

Tuesday, June 23, 2009

Berita Asrama dari Presiden Maidam Council

Salam, pagi tadi satu sms telah datang dan disuruh untuk menyebarkannya. Isi kandungannya begini:

1. Dalam seminggu dua

2. check portal pelajar untuk confirm blok mana pada semester depan

3. Bagi lelaki, mungkin blok O,P,Q.

4. Bagi perempuan, mungkin blok K,L,M,N

5. Daftar asrama pada 4 July 2009 8am

6. Barang kena angkut sendiri. Tiada lori atau bas

7. Wifi: tak pasti sudah pasang atau belum

8. Mesin basuh tak pasang lagi (yang ini memang sakit hati)

9. TV sudah ada

10. Langsir sudah dipasang.

11. Akhirnya pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan akan tinggal di ASRAMA MAIDAM. 

Monday, June 22, 2009

Revisiting Maidam Crisis

Pada awal tahun 2009, pelajar-pelajar fakulti pertanian dan bioteknologi, fakulti teknologi makanan dan fakulti perubatan dan sains kesihatan telah  *dikejutkan* dengan berita pemindahan ke UDM Kampus KUSZA. Masa yang diberikan untuk mengemas dan pindah tidak kurang seminggu. Malah cuma dalam lebih kurang 4-5 hari sahaja.

Pelbagai bantahan dan rasa tidak puas hati telah disalurkan melalui saluran yang betul seperti melalui MPP dan mesyuarat bersejarah dengan semua pelajar UDM Kampus KOTA dengan pihak pengurusan tertinggi UDM yang diwakili oleh Naib Canselor Dr. Alias b. Daud dan Dekan HEPA Encik Nordin.

Tidak lupa mesyuarat yang agak panas sehingga ada pengawal di kafe dalam kalangan pelajar wanita untuk menyelesaikan masalah siapa-berhak-dapat-dulu-asrama-baru. :p

akhirnya pada petang jumaat dan sabtu, pelajar-pelajar UDM Kampus KOTA berpindah beramai-beramai dengan bas, lori serta van milik UDM.

setelah satu semester tinggal di KUSZA dan berakhir sudah satu semester, tidak salah kita mengimbau kenangan manis dan pahit ketika melalui saat-saat itu. Semester baru hampir tiba. Asrama Maidam sudah siap pengubahsuaiannya. Pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan akhirnya diberi hak mutlak untuk tinggal di Asrama Maidam. Maka pelajar fakulti pertanian dan bioteknologi serta fakulti teknologi makanan akhirnya akan terus tinggal di UDM Kampus KUSZA sehingga perpindahan ke asrama baru di UDM Kampus Besut apabila siap kelak.

 



 



Saturday, June 20, 2009

Blog Kampung FPB dalam pelbagai bahasa

salam,

Kini blog FPB boleh dibaca dalam pelbagai bahasa dan dapat dikongsi bersama semua pengunjung di seluruh dunia. Aplikasi ini terletak di sidebars. Selamat menggunakannya

A big thanks to Diden FIT.

Tuesday, June 16, 2009

ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA KALI PERTAMA 2009


Kampus KUSZA                                                                              Tel : 609-666 4466
Gong Badak,                                                                                    Faks : 609-666 2566
21300 Kuala Terengganu, www.udm.edu.my
Terengganu Darul Iman,
MALAYSIA

____________________________________________________________________

                                                                                        Rujukan Kami : UDM.P/2/AK/421 Jld 3 (31 )
                                                                                        Bertarikh : 9 Jun 2009
                                                                                        Bersamaan : 15 Jamadil Akhir 1430 H

Assalamualaikum Wm. Wbr.

Tuan/Puan/Saudara/i,

ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA KALI PERTAMA 2009 

Sukacita kami mengucapkan tahniah kepada tuan/puan/saudara/i kerana telah berjaya menamatkan pengajian dan memenuhi syarat pengijazahan mengikut program-program yang berkenaan di Universiti Darul Iman Malaysia. Dengan ini dimaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen UDM Kali Pertama 2009 akan diadakan pada 14 hingga 16 Julai 2009. 

2. Tuan/puan/saudara/i dijemput hadir untuk menerima penganugerahan ijazah/diploma dalam majlis konvokesyen tersebut mengikut tarikh, masa, sidang sebagaimana yang telah ditetapkan seperti di lampiran. Bagi melicinkan perjalanan majlis, tuan/puan/saudara/i dikehendaki menghadiri raptai Istiadat Konvokesyen yang akan diadakan pada 9 Julai 2009 pukul 2.30 petang di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA , Gong Badak, Kuala Terengganu.

3. Bersama-sama ini disertakan Borang Maklumat Graduan (GR 01/09), Borang Pengesahan Penyertaan Konvokesyen (GR 02/09), Panduan Istiadat Konvokesyen Pertama UDM (GR 03/09), Borang Mengambil/Meminjam Pakaian Akademik (GR 04/09), Surat Makluman Soal Selidik Kajian Pengesanan Graduan (GR 05/09), Surat Pakej Fotografi (GR 06/09),Jadual Sidang dan Raptai Istiadat Konvokesyen (GR 07/09), Borang Alumni UDM (GR 08/09), Borang Pengambilan Skrol/Transkrip oleh Wakil (GR 9/09) dan Senarai Semakan Pengambilan Skrol oleh Wakil (GR 10/09). Borang Maklumat Graduan dan Borang Pengesahan Penyertaan Konvokesyen wajib dikembalikan ke Pejabat ini sebelum 23 Jun 2009 untuk semakan pihak kami.Tuan/puan/saudara/i bolehlah menghubungi Bahagian Pengurusan Akademik melalui talian 09-6664466 sambungan 3027/3029/3030/3007 jika ada sebarang kemusykilan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

ISMAIL BIN MUSA
Timbalan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA

“TAHNIAH & SYABAS KEPADA ANDA “

Surat ini adalah janaan komputer, justeru tidak memerlukan tandatangan.




Monday, June 15, 2009

KELAS KOKURIKULUM SEMESTER JULAI 2009/2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA MAHASISWA/I YANG MENGAMBIL KURSUS KOKURIKULUM PADA SEMESTER JULAI 2009,

Saudara/i adalah diwajibkan untuk menghadiri perjumpaan pertama kursus kokurikulum seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Julai 2009
Hari : Sabtu
Masa : Tepat jam 8.30 pagi
Tempat : Tapak Pesta Konvokesyen UDM 
(Berhadapan Balai Pengawal 1, Kampus KUSZA)


Saudara/i juga akan diberi taklimat serta t-shirt pada hari berkenaan bagi menyertai upacara perasmian Pesta Konvokesyen UDM yang dijadualkan pada 12 Julai 2009 jam 4.30 petang (Pengecualian kuliah akademik lain akan dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab kelak). Penglibatan saudara/i akan diberi peratusan bagi tujuan pemarkahan kokurikulum nanti.

Pusat Kokurikulum UDM tidak akan melayan sebarang rayuan berhubung ketidakhadiran bagi perjumpaan yang telah dijadualkan seperti di atas.


Harap Maklum.

Ketua

Pusat Kokurikulum UDM

sumber : Portal Pelajar UDM

Thursday, June 11, 2009

Pertukaran SSID wireless UDM Kampus KUSZA & Kampus KOTA

Nurzana Bt Ahmed Zulkifli menulis "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pusat Teknologi Maklumat telah mengemaskini nama SSID baru bagi kesemua capaian wireless UDM sepertimana ketetapan berikut:

  Bermula : 1 Jun 2009 (Isnin)
  Lokasi : Kampus KUSZA & Kampus KOTA
  SSID Baru : UDM-Hotspot

Merujuk kepada perkara di atas bermula bulan Jun 2009, SSID wireless untuk seluruh UDM (Kampus KUSZA dan Kampus KOTA) telah dikemaskini kepada SSID baru iaitu UDM-Hotspot. Oleh yang demikian, seluruh warga UDM kakitangan dan juga pelajar akan menggunakan SSID yang sama untuk penggunaan wireless.

Bagi pengguna di Kampus KUSZA, cara penggunaan (WEP KEY dan Authentication) adalah sama sepertimana menggunakan SSID yang terdahulu iaitu SSID UDM-STUDENT.

Bagi pengguna di Kampus KOTA pula, cara penggunaan (WEP KEY) adalah sama sepertimana menggunakan SSID yang terdahulu iaitu SSID udm.

Sebarang kemusykilan dan juga urusan pendaftaran penggunaan wireless bolehlah berhubung terus dengan Unit Rangkaian Dan Server PTM di talian:

09-6653217 (En. Nik Mohd Imran)

09-6653222 (En. Wan Mohd Hasbullah)"

sumber :

Portal Staf UDM


JADUAL KERJA PEMPROSESAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2 SESI 2008-2009

Khairulakmal Bt. Nor menulis " 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut dilampirkan Jadual Kerja Pemprosesan Keputusan Peperiksaan Semester 2 Sesi 2008/2009 untuk makluman dan perhatian semua ahli akademik dan staf-staf yang berkenaan.Terima kasih.


Saya yang menurut perintah,

KHAIRULAKMAL BINTI NOR
Penolong pendaftar

Bahagian Pengurusan Akademik

Klik di sini untuk download jadual

sumber :

Portal Staf UDM

Thursday, June 4, 2009

DRAF JAWATANKUASA PENYELARAS MINGGU HALUAN SISWA FAKULTI PERTANIAN DAN BIOTEKNOLOGI DAN FAKULTI TEKNOLOGI MAKANAN

Penyelaras : Zulhilmi 
Setiausaha : Azrinaaini 
Bendahari : Ili Aishah

AJK :
Pengacara Majlis:
1. Ili Aishah

Makanan:
1. Hidayah Mohd. Noor (Ketua)
2. Azahuda
3. Hazlinda
4. Siti Aishah
5. Nur Haniza

Aktiviti/Permainan:
1. Esther (Ketua)
2. Tarmizi
3. Nur Syamimi
4. Nurliyana
5. Luqman

Alatan dan Persiapan Tempat :
1. Ikhsan (Ketua)
2. Abdul Munib
3. Shah Rizal
4. Yunus
5. Arjuna


Pengangkutan:
1. Suhana
2. Nur Faiezah

Hadiah dan Cenderamata:
1. Nur Hayati (Ketua)
2. Adilah
3. Artie Idanis
4. Maimunah
5. Siti Rahmah

Dokumentasi:
1. Azrinaaini
2. Nur Aini

Fotografi/Slideshow:
1. Nurul Afiqah
2. Ritzuwan

Penyambut tetamu/Hubungan luar :
1. Shazwan 
2. Nor Idayu

Tazkirah Malam Jumaat :
1. Ikhsan
2. Asyraf


Draf Tentatif Program Minggu Haluan Siswa bagi Fakulti Pertanian dan Bioteknologi dan Fakulti Teknologi Makanan

Khamis, 2 Julai 2009

8 a.m - tiba di UDM Kampus KOTA

8.15 a.m - sarapan 

9 a.m - majlis bersama TNC, professor dan pensyarah
  - penerangan lanjut tentang kursus yang ditawarkan
  - suaikenal di antara pelajar dan pensyarah

  - ceramah motivasi 

12.30 p.m - makan tengahari, solat zohor

2 p.m - jika aktiviti pada jam 9 pagi tidak mencukupi masa, boleh 
  disambung pada waktu ini jam 2 petang. Jika mencukupi, 
  fasilitator akan membawa pelajar menjelajah kampus kota dan 

  program bersama fasilitator.

4 p.m - pelajar kembali ke UDM Kampus KUSZA

5 p.m-8.30 p.m - rehat dan aktiviti bebas

8.30 p.m - aktiviti bersama fasilitator di UDM Kampus KUSZA

  - persiapan persembahan malam kebudayaan

11.00 p.m - Tamat


Jumaat, 3 Julai 2009 

8 a.m - bersenam dengan berjalan kaki dari UDM Kampus KUSZA
  ke pantai berhampiran dengan UMT

  - acara sukaneka atau aktiviti dalam kumpulan

11.30 a.m - rehat dan pelajar lelaki bersiap sedia untuk solat jumaat di 

  Masjid UDM.

2.30 p.m - aktiviti di dalam kumpulan 

  - persiapan persembahan untuk Malam kebudayaan

5.30 p.m - rehat dan minum petang

8.30 p.m - tiba di UDM Kampus Kota

8.45 p.m - Malam Kebudayaan bermula di Dewan Kota
  - ucapan alu-aluan dari dekan-dekan
- persembahan pelajar
  - persembahan fasilitator

  - penyampaian hadiah

11.15 p.m - Kembali ke UDM Kampus KUSZA

TAMAT MINGGU HALUAN SISWA BAGI PELAJAR-PELAJAR FAKULTI PERTANIAN DAN BIOTEKNOLOGI DAN FAKULTI TEKNOLOGI MAKANAN

*Segala program di atas boleh berubah dari masa ke masa

Kampus Kota, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, MALAYSIA Tel: 6 09 6220707, Fax: 6 09 627 5574 UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) STUDENTS FIRST , PERFORMANCE NOW
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls