Tahi ternakan adalah salah satu najis.Najis tidak boleh dijualbeli tetapi JIKA ianya bermanfaat dan boleh mendatangkan hasil kepada kita, ianya boleh dijual beli dan boleh dikenakan zakat perniagaan keatas si pengusahanya. Lebih baik jualbeli tahi ternakan ini dilakukan setelah ianya diproses menjadi baja organik yang popular pada masa kini disamping mempunyai "agronomics rates" yang baik untuk pertumbuhan pastura dan buah-buahan di negara ini.
"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
Surah al-Baqarah (ayat 267)
Banyak pengusaha ternakan kini menjadikan urusniaga tahi ternakan kepada baja organik sebagai pendapatan utama.Jualan daripada produksi haiwan hanyalah pendapatan kedua.Ini kerana jualan tahi ternakan kepada baja organik boleh dilakukan setiap bulan manakala haiwan ternakan paling awal adalah setahun.