salam,
pada 8.30 malam 12 julai 2009, admin blog ini telah dimasukkan ke HSNZ dengan bantuan ambulans UDM. sambil itu dapat merasai dan menguji perkhidmatan ambulans UDM Kampus KUSZA.tetapi admin blog ini terpaksa membuat panggilan kepada ajk kebajikan, disuruh call felo, felo suruh call guard untuk dapatkan nombor ambulans. terima kasih kepada safwan kerana mempunyai nombor ambulans.
Dipendekkan cerita, jika anda sakit pada waktu malam atau pada masa-masa di mana Pusat Kesihatan UDM ditutup, anda tidak perlu lagi untuk membuat panggilan kepada felo atau AJK Kebajikan MPP atau MPF. anda hanya perlu buat panggilan kepada pemandu ambulans UDM. Di UDM Kampus KUSZA cuma ada dua pemandu yang memang sudah menjadi tugas mereka untuk membawa anda ke hospital. Pok Ya mengingatkan saya beberapa kali untuk menyebarkan nombor mereka. dengan menghubungi mereka anda dapat mengurang karenah birokrasi dan tidak perlu mencari klinik apabila sakit dan yang paling penting semuanya ditanggung oleh UDM. :p
anda boleh menghubungi mereka di nombor berikut :
Pok Ya: 014-802-5587
Pok Din Musa: 019-948-4768
p/s: ambulans UDM sangat selesa! pantas dan fleksibel
0 FPB:
Post a Comment