-Perhatian Kepada Semua Pelajar Sarjana Muda-
Berikut dinyatakan juga tarikh-tarikh penting berkaitan dengan pendaftaran kursus untuk makluman
dan tindakan semua pelajar sarjana muda.
- Pendaftaran kursus secara on-line - 25 Ogos - 22 Sept 2011
- Penambahan/pengguguran kursus secara online - 11 - 22 Sept 2011
- Permohonan pemindahan/pengecualian kredit dibuka kepada pelajar - 11 - 22 Sept 2011
- Minggu pengesahan daftar kursus/ penyerahan Slip pengesahan ke BPA 02 - 06 Okt 2011
=Peringatan penting kepada pelajar :=
1. Pendaftaran Kursus
- Pendaftaran kursus pelajar hendaklah dibuat secara on-line melalui Portal Pelajar.
- Jika terdapat sebarang masalah, sila laporkan kepada pihak kami melalui talian 09-6653029 atau
- datang sendiri ke Kaunter Akademik, di Bahagian Pengurusan Akademik, Bangunan Pentadbiran,UniSZA Kampus Gong Badak untuk tindakan sewajarnya.
2. Pencetakan Daftar Kursus
- Semua pelajar yang telah berjaya mendaftar kursus diwajibkan mencetak daftar kursus tersebut sebagai bukti bahawa pendaftaran kursus secara on-line telah dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Sekiranya pihak kami mendapati pelajar belum mendaftar selepas minggu kedua perkuliahan dan gagal menunjukkan sebarang bukti pendaftaran telah dibuat, pelajar akan dikenakan bayaran pentadbiran sebanyak RM 100.00 sekiranya mereka memohon untuk mendaftar kursus.
3. Pengesahan Daftar Kursus
- Semua pelajar yang telah mendaftar kursus dikehendaki membuat semakan dari semasa ke semasa melalui Portal Pelajar. Pelajar diwajibkan mencetak Slip Pengesahan Daftar Kursus dan mendapatkan perakuan dan pengesahan daripada Penasihat Akademik dan
- Ketua Jabatan/Penyelaras Program masing-masing sebelumnya mengemukakan kepada BPA (melalui fakulti masing-masing) untuk semakan, pengemaskinian dan rekod.
Sekian, harap diambil perhatian oleh semua pelajar sarjana muda.
Bahagian Pengurusan Akademik
UniSZA
0 FPB:
Post a Comment