Hierarchy of Organization

Advisors:Prof Dr Mat B Zakaria

President : Ahmad Khir bin Ahmad Humairi
Vice-President 1 : Amir Faez bin Amirudin
Vice-President 2 :Noriah binti Nordin

Secretary 1 : Norsyamila bt Othman
Secretary 2 :Siti Nadhiyyah binti Hasenan

Treasurer : Nur Syamsina binti Sha'ari


Exco :

KEROHANIAN
Ahmad Thariq bin Hanafiah & Siti Maisarah binti Abdul Majid

HELWANIS
Nor Fariza bt Che Rose & Nurul Husna binti Mohd Noor

AKADEMIK
Siti Naimah bt Saleh & Ng Koon Guan

SUKAN
Muhammad Hafiz bin Ridzaludin & Norhadila binti Zulkifli

PROTOKOL
Muhamad Arsyad bin Mohd Zaidi & Zarith Suraya binti Shahar

KEBAJIKAN
Ahmad Hanafo bin Sulong & Nur Syuhada binti Abdul Halim

Tuesday, June 16, 2009

ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA KALI PERTAMA 2009


Kampus KUSZA                                                                              Tel : 609-666 4466
Gong Badak,                                                                                    Faks : 609-666 2566
21300 Kuala Terengganu, www.udm.edu.my
Terengganu Darul Iman,
MALAYSIA

____________________________________________________________________

                                                                                        Rujukan Kami : UDM.P/2/AK/421 Jld 3 (31 )
                                                                                        Bertarikh : 9 Jun 2009
                                                                                        Bersamaan : 15 Jamadil Akhir 1430 H

Assalamualaikum Wm. Wbr.

Tuan/Puan/Saudara/i,

ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA KALI PERTAMA 2009 

Sukacita kami mengucapkan tahniah kepada tuan/puan/saudara/i kerana telah berjaya menamatkan pengajian dan memenuhi syarat pengijazahan mengikut program-program yang berkenaan di Universiti Darul Iman Malaysia. Dengan ini dimaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen UDM Kali Pertama 2009 akan diadakan pada 14 hingga 16 Julai 2009. 

2. Tuan/puan/saudara/i dijemput hadir untuk menerima penganugerahan ijazah/diploma dalam majlis konvokesyen tersebut mengikut tarikh, masa, sidang sebagaimana yang telah ditetapkan seperti di lampiran. Bagi melicinkan perjalanan majlis, tuan/puan/saudara/i dikehendaki menghadiri raptai Istiadat Konvokesyen yang akan diadakan pada 9 Julai 2009 pukul 2.30 petang di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA , Gong Badak, Kuala Terengganu.

3. Bersama-sama ini disertakan Borang Maklumat Graduan (GR 01/09), Borang Pengesahan Penyertaan Konvokesyen (GR 02/09), Panduan Istiadat Konvokesyen Pertama UDM (GR 03/09), Borang Mengambil/Meminjam Pakaian Akademik (GR 04/09), Surat Makluman Soal Selidik Kajian Pengesanan Graduan (GR 05/09), Surat Pakej Fotografi (GR 06/09),Jadual Sidang dan Raptai Istiadat Konvokesyen (GR 07/09), Borang Alumni UDM (GR 08/09), Borang Pengambilan Skrol/Transkrip oleh Wakil (GR 9/09) dan Senarai Semakan Pengambilan Skrol oleh Wakil (GR 10/09). Borang Maklumat Graduan dan Borang Pengesahan Penyertaan Konvokesyen wajib dikembalikan ke Pejabat ini sebelum 23 Jun 2009 untuk semakan pihak kami.Tuan/puan/saudara/i bolehlah menghubungi Bahagian Pengurusan Akademik melalui talian 09-6664466 sambungan 3027/3029/3030/3007 jika ada sebarang kemusykilan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

ISMAIL BIN MUSA
Timbalan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA

“TAHNIAH & SYABAS KEPADA ANDA “

Surat ini adalah janaan komputer, justeru tidak memerlukan tandatangan.





Kampus Kota, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, MALAYSIA Tel: 6 09 6220707, Fax: 6 09 627 5574 UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) STUDENTS FIRST , PERFORMANCE NOW
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls