Pada awal tahun 2009, pelajar-pelajar fakulti pertanian dan bioteknologi, fakulti teknologi makanan dan fakulti perubatan dan sains kesihatan telah *dikejutkan* dengan berita pemindahan ke UDM Kampus KUSZA. Masa yang diberikan untuk mengemas dan pindah tidak kurang seminggu. Malah cuma dalam lebih kurang 4-5 hari sahaja.
Pelbagai bantahan dan rasa tidak puas hati telah disalurkan melalui saluran yang betul seperti melalui MPP dan mesyuarat bersejarah dengan semua pelajar UDM Kampus KOTA dengan pihak pengurusan tertinggi UDM yang diwakili oleh Naib Canselor Dr. Alias b. Daud dan Dekan HEPA Encik Nordin.
Tidak lupa mesyuarat yang agak panas sehingga ada pengawal di kafe dalam kalangan pelajar wanita untuk menyelesaikan masalah siapa-berhak-dapat-dulu-asrama-baru. :p
akhirnya pada petang jumaat dan sabtu, pelajar-pelajar UDM Kampus KOTA berpindah beramai-beramai dengan bas, lori serta van milik UDM.
setelah satu semester tinggal di KUSZA dan berakhir sudah satu semester, tidak salah kita mengimbau kenangan manis dan pahit ketika melalui saat-saat itu. Semester baru hampir tiba. Asrama Maidam sudah siap pengubahsuaiannya. Pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan akhirnya diberi hak mutlak untuk tinggal di Asrama Maidam. Maka pelajar fakulti pertanian dan bioteknologi serta fakulti teknologi makanan akhirnya akan terus tinggal di UDM Kampus KUSZA sehingga perpindahan ke asrama baru di UDM Kampus Besut apabila siap kelak.
0 FPB:
Post a Comment